Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

Masihkah anda ingat kes tangkapan besar-besaran di Sabah melibatkan penyelewengan dana KKLW bermula dari tangkapan Datuk Peter Anthony, Azis Jamman, Arifin, Jamawi Jaafar, adik-adik Shafie hinggalah Shafie Apdal sendiri. Jumlah yang ditahan reman ialah 13 orang.

tangkap.jpg
Bukti mereka menerima wang sangat jelas. Namun SPRM menutup kes mereka.

Joseph YU Sin Kong pemilik Sinkong Contructions Sdn Bhd yang membayar rasuah kepada Shafie Apdal dan lain-lain turut ditangkap SPRM.

sinkong.jpg
Taukeh Sinkong antara pemberi rasuah terbesar di Sabah. Di manakah dia?

Ketika itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki menganggarkan RM1.5 bilion peruntukan kerajaan pusat melaksanakan projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015 (NKRA) diseleweng di KKLW. 

Lebih 60 syarikat disiasat SPRM meliputi 170 projek bekalan air, 163 projek jalan raya dan 17 projek bekalan elektrik di sembilan daerah di Sabah. SPRM sendiri mengesahkan 23 syarikat yang disiasat adalah dibawah kuasa adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof dan Hj Hamid Apdal.

Paling penting ialah penangkapan Norhartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW sebagai SAKSI UTAMA KES.

saksi utama sprm.jpg
SPRM bebaskan Hartaty?

SPRM telah berjaya memujuk Norhartaty sebagai saksi dan menjanjikan keselamatan serta melepaskan beliau jika memberikan kerjasama kepada SPRM. Beliau tidak lagi dianggap sebagai bersubahat dan pelaku rasuah tetapi saksi untuk menuduh Shafie Apdal di mahkamah.

SPRM menggugut akan mendedahkan akaun RM29 juta yang dibeku milik Hartaty jika tidak memberi kerjasama. Oleh itu tidak ada satupun kita membaca dalam media tentang pembekuan RM29 juta dari Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW. Jumlah pembekuan yang diumumkan ialah RM179 juta. Anda boleh bayangkan seorang penjawat awam berjawatan Timbalan Setiausaha Bahagian saja boleh mengumpul RM29 juta.

Bermula dari Hartatylah maka SPRM berjaya menjejak wang atau “Money Trail’ RM48 juta yang disalurkan kepada 14 syarikat yang ada kaitan dengan adik-adik Shafie Apdal.

Laporan itu dibocorkan secara sengaja dalam The Star dengan tajuk MACC sifting through flow of RM48mil cash 14”. Ia menyebabkan Shafie Apdal menyaman The Star.

Kertas siasatan juga telah dihantar ke pejabat Peguam Negara (Ketika itu Tan Sri Apandi) namun tidak sempat didakwa ke mahkamah sebelum PRU-14.

money trail baru.jpg

Persoalannya apa status kes rasuah dan salahguna kuasa Shafie Apdal sedangkan Norhartaty Rahmat telah bersetuju menjadi Saksi Utama kes?

Jika sekalipun SPRM menutup kes Shafie Apdal bagaimana Norhartaty Rahmat yang punya RM29 juta dibekukan sehingga sekarang tidak didakwa? Apakah individu yang mengumpul rasuah sehingga RM29 juta dibiarkan sahaja?

Jadi apakah Dato’Sri Shukri Ketua Pesuruhjaya SPRM akan menyelesaikan kes rasuah Shafie Apdal? Jika Shukri sibuk mengenai 1MDB dan siasatannya maka jangan lupa kes Shafie.

Kita cabar Shukri Abdull mendedahkan apa jadi pada Norhartaty Rahmat? Kalau dia anak jantan.

 

11 comments

  1. Remember “might is right “? In this context any of those involved in misdeeds and strongly supporting the government in power of will definitely be free.

    Like

  2. Jangan double standard, jika ikut rule of law, siasatan Misti telus & tidak pilih bulu, baru M’sia bolih diselamatkan..!!

    Like

  3. Syukri? Sejak dia berlakun dan menangis depan wartawan dulu…kita tau daaaah.Setiap air mata yang jatuh sangat tinggi nilainya. Kita sedang tengok kes kes lain seperti kes mahadir dan LGE. Ada timbul atau tak?U orang boleh buat kesimpulan sendiri.

    Like

Leave a comment