Syed Saddiq di’babikan’ kerana lemahnya pegawai KBS mengurus isu

SEORANG pengusaha produk minuman tempatan memilih media sosial sebagai saluran untuk meluahkan kekesalannya terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

saddig hausboom maaf.jpg

Azri Zahier Azmi mendakwa Syed Saddiq memungkiri janji untuk membaca profil perniagaannya di hadapan jemaah menteri ketika mesyuarat Kabinet diadakan.

Usahawan itu turut mendakwa Syed Saddiq berjanji akan mempromosikan produk keluaran syarikatnya menerusi akaun Instagram peribadi menteri berkenaan.

“Pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang hubungi saya untuk beritahu tentang program ni… Katanya minta saya taja produk untuk mesyuarat Kabinet.

“Masa tu menteri (Syed Saddiq) akan baca profil usahawan dan akan promosi dekat Instagram peribadi dia,” tulisnya di Facebook pada Selasa.

Tambah Azri Zahier Azmi, dia berpegang kepada kedua-dua janji itu sebelum bersetuju untuk menaja minuman pada mesyuarat tersebut.

Namun, harapannya lebur selepas mendakwa janji tersebut tidak ditepati oleh ahli Parlimen Muar berkenaan.

SEMPENA TAHUN BABI, INI CERITA PASAL KE-BABI-AN. Berkali-kali aku tegur usahawan-usahawan muda agar tidak langsung…

[ARTIKEL BERKAITAN- Better jadi Babi dari jadi ahli politik penipu”.]

“Kalau manifesto pun ahli politik boleh kencingkan, takkanlah janji yang ini dia akan tunaikan pula?

“Produk saya diletakkan atas meja mesyuarat kabinet. Profil saya tidak dibaca, produk saya tidak dimuat naik di Instagram beliau. Tidak seperti dijanjikan,” tulisnya sambil menulis kata-kata kesat terhadap Syed Saddiq.

Semua mesej Whatapps Pegawai Saddiq bernama Faizul Helmee dipaparkan dalam facebook Azri Zahier itu (kini dipadam)

faizul helmee - 1.jpg

faizul helmee 1.jpg

faizul helmee 2.jpg

faizul helmee 3.jpg

faizul helmee 4.jpg

faizul helmee 5.jpg

faizul helmee 6.jpg

faizul helmee 6syed 1jpg.jpg
Exco PPBM dapat promosi kek. Tapi Hausboom sudah 4 bulan berlalu

faizul helmee 7.jpg

faizul helmee 8.jpg

 

Syed Saddiq menjawab dan kecewa dengan Hausboom

Susulan posting tersebut yang tular di beberapa platform media sosial termasuk Twitter, Syed Saddiq tampil meluahkan kekecewaannya terhadap dakwaan yang dilemparkan.

“Hari ini saya ‘dibabikan’ oleh seorang usahawan. Saya kecewa selepas semua yang #TeamKBS telah lakukan untuk menghulurkan bantuan.

“Ini kisah saya,” tulisnya di Twitter sambil menyertakan penjelasan penuh berhubung isu tersebut.

Menurut Syed Saddiq, pihaknya dimaklumkan bahawa terdapat produk anak muda yang ingin memasuki rangkaian kedai serbaneka, namun masih belum berjaya.

Beliau dan pasukannya cuba mempromosikan perniagaan usahawan muda kepada semua jemaah menteri dan mengadakan perjumpaan dengan pengendali utama rangkaian serbaneka, termasuk jenama minuman tempatan tersebut dalam usaha untuk memasarkannya.

“Saya dah lakukan segalanya dengan niat ingin membantu. Pagi tadi (Selasa), saya dimaklumkan salah seorang usahawan yang produknya masuk ke jemaah menteri, produknya yang saya promosikan kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri termasuk dengan profil bisnesnya, produknya yang saya ketengahkan untuk masuk rangkaian 7E dan yang lain, mencaci saya kerana tidak bantu dia,” ujarnya.

Syed Saddiq turut menjelaskan bahawa beliau bukan jenis orang yang suka ‘meroyan’ (rant out) seperti itu, namun menteri berkenaan benar-benar kecewa.

Masalah Pegawai

Masalah Syed Saddiq ialah pegawai pelaksana program. Niat baik tetapi pelaksana lemah menyebabkan terdapat ruang kesilapan besar yang menyebab Menteri mendapat impak buruk dari program yang gagal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s