Hizamri Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang diserbu SPRM

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan memanggil Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Dato’ Dr. Mohd Hizamri Bin Mohd Yasin susulan dakwaan rasuah taikun cina balak terkenal Liew Leong Tat Pengarah ( LLT Group (Malaysia) Sdn Bhd)

RASUAH BALAK LLT

Dakwaan portal Malaysiachoice 18 April lalu “Rasuah balak Taikun LLT, SPRM siasat Pengarah Perhutanan Pahang” tular dalam media sosial dan menggemparkan seluruh Pahang tentang skandal rasuah sektor pembalakan di negeri itu.

Susulan laporan itu pada 22 April lalu Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  diketuai Mohd. Nor Hafirul Ikhram Abd. Hair Pahang  hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang bagi melaporkan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan pegawai kanan Jabatan Perhutanan negeri itu.

laporan sprm balak.jpg

Menurut sumber Taikun Cina balak Liew Leong Tat (LLT) berang dengan aduan ke SPRM itu. Beliau dikatakan mengugut mahu mencari pelapor SPRM itu. Aduan itu menjejaskan kedudukannya sebagai pemilik kawasan balak terbesar di Pahang selain hubungannya dengan Hizamri Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang.

SPRM wajar menyiasat gaya kehidupan mewah Pengarah Perhutanan Pahang, tajaan Liew Leong Tat lawatan serta anaknya belajar ke luar negara di samping pertemuan kerapnya dengan Taikun balak lain seperti Ah Yung, Jason, Tan Sri Lam Seng

Sejak dakwaan rasuah didedahkan barulah kini Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) pura-pura aktif sehingga memusnahkan lebih 5,500 pokok sawit yang ditanam secara haram di atas tanah seluas 97 hektar di hutan simpan Lesong, Rompin kerana menceroboh kawasan hutan simpan kekal. Wal hal pencerobohan itu dah lama.

hizamri pahang

Baru kini pengarahnya, Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin itu sibuk membenteras sedangkan begitu ramai yang marah kepadanya apabila pembalakan haram serta penerokaan hutan haram berleluasa. Malah beliau memberi kelulusan 5000 ekar kawasan tadahan air dan hutan Simpan Belum sempadan Pahang/Perak kepada Liew Leong Tat.

Sehingga ke hari ini tiada kenyataan rasmi dari pejabat Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang baru atau Dr Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli  berhubung status Dr Hizamri Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: