Visual skandal khalwat Latheefa bersama Surendran bakal terdedah selepas dilantik KP SPRM?

PUTRAJAYA: Sehari sebelum Hari Raya Kerajaan PH telah mengumumkan pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya  sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Latheefa Koya adalah selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 dengan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan itu, selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM lebih awal daripada sepatutnya pada 17 Mei 2020.

Kali pertama juga dalam pengumuman rasmi facebook dihujani komen negatif netizen lebih dari 2000 komen dan 500 perkongsian mengecam pelantikan Latheefa Koya.

Begitu juga dengan kisah lama mengenai skandal khalwat Latheefa Beebi Koya bersama bekas Naib Presiden PKR sebelum ini yang pernah didedahkan oleh Chegu Bard pada tahun 2016. Apakah kisah skandal Tan Sri Dzulkifli Ahmad bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM yang terlibat dengan video skandal wanita di bali bakal pula berlaku kepada Latheefa Beebi Koya?

Mungkinkah gambar dan visual yang tersimpan dahulu kini berguna bakal disebarkan semula? jika itu berlaku apakah integriti SPRM bakal dipertaruhkan semula? Apakah Chegubard atau individu lain akan tampil mempertahankan Anwar jika sekiranya pelantikan Latheefa bakal menghalang Anwar sebagai PM?

badrul koya.jpg

Skandal ini sebelum ini pernah didedahkan oleh beberapa blog namun walau tular tidak pernah dijawap oleh Latheefa Beebi Koya. Wan Azizah sebelum ini sebagai Presiden PKR pun mengetahui isu ini dan berusaha menutup dari dibincangkan.

skandal latheefa.jpg

Mengapa agaknya Latheefa Beebi Koya dipilih oleh Perdana Menteri jika Latheefa mempunyai kelemahan nyata yang bakal membuka serangan kepada SPRM?

Kegagalan Dato’Sri Shukri Ariff melaksanakan kerjanya dan menyerang Daim Zainuddin akhirnya menyebabkan kontrak beliau ditamatkan lebih awal.

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s