[VIDEO] Rakaman CCTV Hotel Four Points Sahkan kelibat Hilman, Haziq ke bilik Azmin

Disaat Biro Politik PKR yang bermesyuarat petang ini bakal memutuskan status Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan video semburit Azmin dan Haziq hari ini tular pula video CCTV di Four Points Sandakan 11 Mei lalu.

Kelibat Hilman dan Haziq di hotel

Video itu jelas menunjukkan wajah Hilman Idham Setiausaha Politik Azmin dan juga Haziq Abdul Aziz mundar di aras Hotel Four Points tempat Azmin Ali menginap.

Video yang telah dimuat turun dalam Youtube bertajuk ‘Rakaman CCTV Four Points’ sudah ditonton hampir 500 pengguna dan dijangka akan terus meningkat lagi.SHAH ALAM – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah berjumpa dengan lelaki bernama Muhammad Haziq Aziz yang dikaitkan dengan video seks mirip mereka.

12 Jun lalu sempena majlis bacaan yasin dan solat hajat di kediaman Menteri Besar Selangor, Setiausaha Politik Azmin Ali, Hilman Idham berkata Haziq tidak pernah bertemu di Sandakan dengan Azmin. Beliau katanya sentiasa bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR itu sepanjang berada di Sandakan sempena PRK Mei lalu.

“Saya ingin menegaskan sepanjang Mohamed Azmin di Sandakan, saya ada bersamanya daripada beliau tiba di lapangan terbang hingga pulang. Saya tiba di Sandakan lebih awal dan tinggalkan Sandakan selepas Mohamed Azmin pulang.

Hilman Idham berbohong

Bagaimanapun CCTV Four Point yang didedah awal sebagai ‘teaser’ itu menunjukkan kelibat Hilman dan Haziq menuju bilik dikatakan milik Azmin Ali.

Ini sekaligus mendedahkan Hilman Idham menipu dalam kenyataannya mengenai tidak bertemu Haziq atau Azmin tidak pernah pertemu Haziq.

Video ini jelas membuktikan kehadiran Haziq ke Hotel Four Points pada 11 Mei 2019

Penyebaran video ini sudah tentu memberi satu tamparan hebat kepada Azmin sebagai koleksi menjawab isu-isu semburit berkaitan dengannya.

http://www.malaysiachoicekini.wordpress.com

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s